Hi geng,
Suthan M disini.
Seperti apa yang anda sedia maklum, minggu ini, Versi 2.0 program Ringgitmania akan dilancarkan kepada umum.
Pada pelancaran pertama Ringgitmania, terdapat lebih 3000 orang yang menghantar soalan support yang tidak dapat saya jawab satu persatu kerana kekangan waktu dan juga limitasi support untuk laporan percuma tersebut.
Untuk pelancaran Versi 2.0 Ringgitmania Reloaded, tanya sahaja sebarang soalan mengenai Ringgitmania dan saya akan cuba masukkan jawapan kepada soalan tersebut didalam versi 2.0 Ringgitmania . Dengan ini, Ringgitmania akan menjadi laporan yang lebih bermakna kepada hampir 15,000 orang yang telah men-download laporan tersebut baru baru ini.