Tengok sekeliling anda. Lihat situasi diri anda. Fikir balik apa yang anda buat selama 3-4 tahun kebelakangan ini:
Adakah anda : LIVING YOUR LIFE?
- Mungkin selama ini anda ketandusan idea, anda ada “mental block” yang membuatkan anda “terjerat” dalam kehidupan ala biasa..
- Mungkin selama ini anda terasa tertekan dengan hidup anda dan anda dah “give up” dalam merealisasikan idaman hati anda.
- Mungkin anda tidak tahu apa sebenarnya yang anda ingin capai, dan anda tidak tahu potensi diri anda…
- Nak tahu rahsia bagaimana anda boleh mencipta inspirasi diri anda sendiri dan menjadi orang yang anda ingin jadi selama ini?
Nak tahu rahsia inspirasi kejayaan untuk memiliki segala gala yang anda ingin dalam hidup anda?
Ingin tahu blueprint kejayaan yang menjadikan saya sukses dalam usia muda?
Nak belajar tips inspirasi yang membolehkan saya mengorak kejayaan demi kejayaan setiap hari, setiap bulan, setiap tahun???
Baiklah, biar saya bongkar rahsianya… (Bukan rahsia pun sebenarnya)
10 TIps Untuk Menjadikan Diri Anda Berjaya Dari Inspirasi Kejayaan Saya !!!
1. Anda kena ENJOY apa yang anda buat dalam hidup ini.

Kalau anda ini tak suka membuat sesuatu perkara, jangan buat. BUAT apa yang anda enjoy. Sebenarnya, anda mempunyai pilihan (choice) untuk memilih haluan hidup anda, jadi tekadkan diri anda untuk buat apa yang ANDA suka!
Kalau suka menyanyi- Nyanyi
Kalau suka melukis- Lukis
Buat apa yang anda suka !!
Satu contoh:
Kalu difikirkan balik, sekiranya saya belajar Engineering, saya boleh menjadi Engineer.. Tapi saya tak minat..
Kalau saya belajar Medicine, hari ini saya boleh menjadi doktor.. Tapi itu pun saya tak minat..
Kalau buat Law, hari ini boleh menjadi Lawyer.. Tapi itu pun saya tak minat..
Saya buat apa yang saya ingin buat.. Saya buat Internet Marketing, dan hari ini, saya menjadi Suthan M, boss kepada diri saya sendiri :-)
2. Cintai apa yang anda buat!

Bila anda buat apa yanda anda ingin buat, anda pasti menyukai dan mencintai kerja yang anda lakukan.
Tak perlu boss marah, tak perlu kena herdik dengan kawan, tak perlu disuruh orang… Anda akan gembira membuat apa yang anda suka dan anda akan berikan yang terbaik untuk diri anda.
3. Percaya Kata Hati Diri Anda Ni..

Have FAITH in yourself. Ini amat penting sekali geng..
Mula percayai kemampuan diri anda. Mula percayai “kata hati” anda dan buat segala galanya yang membantu mengeluarkan bakat/skill terpendam anda. Fikir “anda BOLEH” dan semaikan sifat positif dalam segala yang anda lakukan.
Ingat- takde seorang pun dalam dunia ini menjadi lagenda atau orang hebat dengan berfikiran pesimistik.
Semua orang dilahirkan hebat hebat belaka dan mempunyai potensi untuk menjadi yang TERBAIK . Anda BOLEH !! Anda kena yakin dulu bahawa anda boleh !!
4. Buat Apa Yang Anda Fikir BETUL

- Jangan sesekali fikir anda TIDAK boleh berjaya..
- Jangan biarkan sesiapapun mengatakan anda ni “failure”
- Jangan biarkan situasi hidup anda SEKARANG mengugat “DREAM” anda.
Kejar impian anda.. Percayai kata hati anda bahawa anda boleh berjaya. Dengar apa kata hati anda tu.. FIKIR ANDA BOLEH dan yakin 102% bahawa anda AKAN berjaya!!
5. “Saya Boleh” - “I Can”

Satu rangkap ayat yang amat POWERFUL sekali. Percaya, percaya dan percaya bahawa tidak kira apa terjadi dalam hidup ini, anda pasti boleh mengharung segalanya dalam mengejar impian anda.
6. Jangan Dengar Cakap Orang

Bila orang cakap “anda tak boleh”- jangan dengar cakap mereka.
Dalam hidup anda, anda akan berdepan banyak individu yang akan mengkritik, tidak mempercayai atau cuba membunuh impian anda.
Jangan dengar cakap mereka. Tak kisah kalau mereka ni ayah, emak, datuk, nenek, kawan karib, jiran, sahabat, uncle, mak su.. Tak kisah sesiapapun mereka tu..
JANGAN DENGAR CAKAP MEREKA !!
Sebenarnya: ANDA BOLEH !! I CAN !!
7. Believe in yourself.

Bila anda mula mengejar impian anda, bila anda mempunyai KATA HATI yang positif, bila anda mula percayai kemampuan diri anda untuk mencapai kejayaan gemilang untuk diri anda: Anda PASTI BOLEH.
Percayalah. Just believe in yourself.
8. NEGATIVITY- Tak perlu..

Sekiranya boss anda herdik anda saban hari..
Sekiranya rakan anda tak percaya apa yang anda buat..
Sekiranya situasi disekeliling anda tidak membenarkan anda mengejar IMPIAN ANDA..
KELUAR dari situasi negatif tersebut..
Selagi anda mempunyai “bad news” dan “bad vibe” disekeliling anda, anda tidak akan dapat inspirasi untuk menjadikan diri anda insan paling istimewa
9. Senantiasa BELAJAR

Dalam hidup, kita harus sentiasa belajar dari sumber sumber positif.Dari sumber sumber positif ini, anda boleh mencari banyak inspirasi hidup anda.
Baca novel yang anda suka. Lihat video motivasi. Bergaul dengan orang orang “positif minded dan berjaya”.
Kalau anda orang Islam, baca Al-Quran. Kalau anda orang Hindu, baca Bhagawat Geeta.. Kalau anda orang Kristian, baca Bible. Tak kisah apa agama anda, saya pasti anda mempunyai sumber inspirasi yang tak ternilai harganya didalam buku ajaran anda..
Pelajari ilmu tersebut. Bertawakal selepas tu. Everything will be GOOD.
10. TAKE ACTION

Ini merupakan mantra hidup saya. 2 patah perkataan ini menukar hidup saya dari menjadi tukang cuci kereta orang kepada menjadi BOSS diri saya sendiri.
2 patah perkataan ini, menukar hidup saya dari menjadi “orang biasa” kepada menjadi seorang individu yang “determined” dalam mengejar cita cita saya.
TAKE ACTION setiap hari dalam mengejar dan merealisasikan impian hidup anda.
Kejayaan tak akan datang bergolek, dan anda harus berani TAKE ACTION setiap hari dalam hidup anda untuk berjaya.
Tak kisah betapa kecik action anda itu untuk hari ini- MULAI SEKARANG !!
Tak kisah betapa susahnya action anda itu untuk hari ini- MULAI SEKARANG !!
TAKE ACTION EVERYDAY !!!!!!!!
——————————————————————————————————-
Saya dan syarikat saya, Ideasia Consultancy diberi peluang oleh Persatuan Orang Buta Malaysia (Malaysia Association For The Blind) sejak awal tahun ini untuk membimbing secara ekslusif satu group yang istimewa untuk memulakan perniagaan internet mereka.
Gambar dibawah merupakan workshop yang saya Sabtu lepas dengan mereka:

Seperti yang anda boleh lihat didalam gambar diatas, mereka semuanya BUTA MATA sepenuhnya, dan mereka merupakan golongan yang biasanya anda lihat merempat mencari nafkah dengan mengemis dulu dulu kala..
Tapi- group ini lain daripada yang lain..Mereka LUARBIASA HEBAT !!!
- Mereka percaya kebolehan diri mereka walaupun mereka buta mata.
- Mereka percaya bahawa mereka mempunyai potensi untuk berjaya
- Mereka percaya untuk mengejar impian mereka walaupun betapa susahnya cabaran yang mereka hadapi..
- Mereka yakin MEREKA akan berjaya
- Mereka yakin dengan usaha yang betul, mereka boleh !!!
- MEREKA BERANI TAKE ACTION untuk merealisasikan impian mereka dan tidak mengharapkan “sedekah” dari orang lain..
Mereka merupakan inspirasi saya..Mereka membuktikan bahawa tak kisah mata buta, asalkan hati celik dan cekal TAKE ACTION, sukses dijamin !!
Tanya diri anda: Kalau mereka boleh berjaya , apa kurangnya kita?
Suthan M merupakan pakar perniagaan internet yang telah membimbing ribuan orang dari seluruh dunia untuk memulakan perniagaan internet mereka. Jika anda ingin mengambil langkah pertama dalam mengorak kejayaan perniagaan internet anda, klik : LANGKAH PERTAMA ANDA BERMULA DISINI !!!
Suthan M
p/s- Banyak lagi gambar yang di ambil yang anda boleh lihat disini . Klik sahaja ke bahagian photo yek :-)
pp/s - Sekiranya anda ingin saya berikan TALK di event, seminar, atau workshop anda-lihat detailnya disini