Dah dapatkan buku dari Alan Tan yang berjudul “Make Money Online Without Selling Anything?”
Baca review dari saya dibawah
CPA merupakan sebuah model perniagaan internet dimana anda perlu mendapatkan leads(biasanya) untuk mendapat komisen di internet. Berbanding bisnes internet lain, bisnes CPA memang lukratif, tetapi selama ini ianya hanya boleh dibuat sekiranya anda berada di USA ataupun negara putih lain.
Tetapi tidak lagi.
Bukuk nukilan Alan Tan menunjukkan kepada anda rahsia beliau bagaimana anda boleh memulakan bisnes CPA walaupun anda berada di Malaysia. Dia tahu rahsianya kerana selama ini dia merupakan antara beberapa CPA Player dari Malaysia yang betul betul sukses didalam bidang ini.
Apabila Alan memanggil saya untuk memberikan review (DISCLAIMER: Saya kenal Alan sebelum ini dari coaching yang saya lakukan), saya sememangny skeptikal kerana setahu saya ianya biasanya tidak terbuka untuk orang Malaysia-tetapi buku Alan Tan membuka mata saya kepada industri baru ini dengan tips tips, rahsia dan juga blueprint untuk menjadi CPA Player seperti beliau.
Setahu saya, memang Alan Tan sahaja yang membuat buku ini- jadi sekiranya anda inginkan sesuatu yang FRESH- saya sarankan anda mendapatkan buku ini.
Jadi mana anda boleh mendapatkan buku ini?
Anda boleh mendapatkan buku ini dari MPH, Popular, Kinokuniya dan kebanyakan kedai buku tempatan. :-)
