Comments

Solusi Harga Minyak Naik :-)

Mungkin sudah tahu bahawa harga minyak dinaikkan
lagi pada hari ini. Pastinya, selepas ini harga komoditi lain pun akan naik sekali
impak dari kenaikan harga ini.

Jangan terkejut selepas ini jika anda melihat abang kedai roti canai pun menaikkan harga roti canai dan teh tarik!! :-)

Anda disini mungkin mempunyai teknik untuk mengurangkan kos: sesetengah mungkin mengikat perut tak makan sarapan pagi (JANGAN!), sesetengah mungkin mula mengurangkanpembelian (habis niat nak beli beg baru), dan sesetengah dari anda mungkin tidak membuat apa apa dan berharap  kerajaan akan cuba absorb kos dan mengurangkan harga. 

Kalau tanya saya; itu semua solusi sementara sahaja.

Cara yang terbaik ialah dengan membina sumber kewangan yang kukuh
dan stabil yang boleh membantu anda diwaktu ini. Kini, ramai orang yang mula
melihat ke Internet dan mengggunakan internet untuk menjana
pendapatan tambahan secara beretika dan halal.

Nak jana pendapatan tambahan? KLIK SINI


Ada persepsi disini bahawa anda perlu membuat perniagaan internet secara
full time untuk menjana wang, tapi sebenarnya anda boleh menjalankan bisnes internet
secara part time dan juga sewaktu masa lapang anda sekiranya anda ingin.

Malah, sewaktu saya bermula tahun 2003, saya pun membuat bisnes internet selepassaya pulang dari bekerja di Projet. Balik jek, terus duduk depan komputer dan mengambil order bisnes internet saya dari seluruh dunia.. sikit demi sikit, pendapatan saya naik sehingga saya boleh “bersara” dari pekerjaan pada umur 21 tahun :-)

Tetapi, jangan terpedaya bahawa terdapat hanya satu cara untuk membuat wang di internet. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara anda boleh membuat wang di internet :-)

Biar saya berikan beberapa contoh dari rakan rakan saya:

Rakan saya Rahman Basri “femes” dengan perniagaan cara affiliate :-) Ammar Zahar pula “memonopoli” di Clickbank.. Eruwan Gerry pula Raja di laman lelong Ebay..
Alan Tan pula dengan CPA.. Ridzuan “Mat Kepoh” Richie dengan blogging
manakala saya pula dengan perniagaan jenis infoproduk..

Dan sebenarnya ada banyak lagi orang yang berjaya; tak cukup nak tulis pun.. macam Razif Yusof, Gero Azrul, Raja Kamil, JaMal, Shuth, Sham “Edymart”, Team Drift sekalian .. dan banyak lagi..

..ini baru nama orang Malaysia.. Kalau saya berikan nama orang yang saya kenal di persada international, boleh bikin buku saya fikir.. :-P

SEBENARNYA, kalau anda berani berusaha, anda boleh berjaya..

Seperti yang ditunjukkan oleh mereka semua; tidak kira apa jenis bisnes internet yang anda buat..

Saya kenal warga emas yang menjadi jutawan di internet.. Saya kenal orang buta yang menjadi jutawan di internet, dan saya kenal budak belasan tahun yang menjadi jutawan di internet. Anda pun boleh menjadi jutawan di internet…

… Cuma disini-anda perlu take action mulai hari ini.  :-)

Ingat, tidak ada sesiapa pun yang akan membantu anda jika anda
tidak berusaha. Dan jika anda tidak berusaha, anda tidak akan berjaya !

Ingat geng, saya berharap kenaikan harga minyak pada hari ini
diharap membuka mata anda mengenai pentingnya niat membina cara
pendapatan baru- dan post ini diharap membantu anda dalam membuka
minda anda kepada bidang perniagaan yang ada di internet

Semoga sukses geng !
Suthan M

www. 20Ribu20Hari.com

p/s- Kepada anda yang beragama Islam, selamat tahun baru :-)

Wednesday, December 1, 2010   ()