Comments

Bagaimana Nak Handle “Cemuhan”. Jom Belajar !

Terbaru saya ada menerima emel dari seorang klien 20Ribu20Hari.com dengan satu soalan yang saya fikir patut dikongsikan bersama anda.

Klien ini bertanya: “Bagaimana untuk ‘handle’ kritikan, cemuhan, dan kutukan dari orang yang bukan konstruktif atau yang hanya sekadar ingin menjatuhkan seseorang?”

Saya faham dengan JELAS masalah yang dihadapi oleh beliau.

Entah kenapa, saya melihat ramai orang yang rata-ratanya duduk sehari suntuk untuk mengeluarkan komen-komen bodoh di internet seperti ini full time.

Saya pun selalu menjadi tempat lepas geram orang seperti ini..

Dia ni macamlah pandai sangat. Apa yang dia ajar dalam 20Ribu20hari aku dah tahu” “Dia ni berlagaklah. Hantar emel JV tak nak balas pun!”
“Bodoh betul pendapat dia ni yang dia post di Facebook”
“Ala, dia tu bolehlah jual ebook . Kita mana boleh”

dan ratusan komen lain seperti ini..

OK, Biar saya share sikit mengenai penghuni tingkat 1 di blok ofis saya.

Kalau anda pernah datang ke ofis saya, anda akan tahu ofis saya ialah di tingkat 2 sebuah blok ofis di Kajang.

Tingkat 1 dihuni oleh seorang individu yang saya baru kenal bulan lepas apabila ada masalah paip bocor diofis saya. Nama beliau ialah Amin.

Amin merupakan seorang usahawan berjaya yang menjual air botol minuman Arab. Setiap minggu, sekurang-kurangnya 1 kontena akan datang dengan stok baru air untuk dieksport ke seluruh tanahair. Masyuk bukan?

Tetapi…. 2 tahun lepas, Amin datang ke Malaysia langsung tidak tahu bercakap Bahasa Malaysia, tiada modal, dan langsung tidak mengenali sesiapapun.

Pada awal kedatangan beliau ke Malaysia, beliau bermula dengan menjual dari rumah ke rumah. Seterusnya upgrade dengan membeli motorsikal, dan perlahan-lahan membina empire bisnes beliau di Malaysia !

Saya kata “Senang berniaga di Malaysia ni? Cepat betul bina bisnes!”

Kata beliau, beliau selalu juga diherdik, dipandang rendah, dikutuk, dimarah, dicemuh hampir setiap hari oleh orang Malaysia apabila beliau baru-baru bermula..

“tu dia penjual karpet dah datang” (dan beliau ni tak jual karpet pun-jual air botol minuman sebenarnya!)

Tapi hari ini, beliau mempunyai bisnes yang membuat jualan sebanyak 1 kontena botol minuman setiap minggu !! Bawa 2 kereta mewah lagi !

Anda fikir, pengkritik Amin boleh mencapai sukses seperti beliau?
Pasti terlopong mulut melihat kejayaan Amin sekarang bukan?


Sama sahaja dengan “kaki pengkritik profesional” di internet. Sebenarnya saya rasa malu amat sangat dengan begitu ramai orang yang sibuk membuang masa untuk mengkritik dan mencemuh orang lain di internet.

Sometimes, saya juga macam tak percaya topik kritikan yang dibahaskan pun- memang orang cakap tahap ‘bangang dan bodoh’.

MEMALUKAN ! Lebih banyak perkara berfaedah yang boleh dibuat di internet ! Terdapat banyak peluang keemasan di internet yang tak wujud pun kurang 10 tahun dulu..

Mereka boleh mengambil peluang ini untuk menukar hidup mereka. Mereka boleh membina bisnes internet mereka dan mencapai kebebasan kewangan !

TETAPI, mereka lebih rela untuk hanya menjadi “pengkritik profesional” dan membuang masa mereka. Akhirnya, di situ juga mereka.

Jadi apa nasihat saya untuk klien program 20Ribu20Hari.com saya? Saya suruh beliau endahkan sahaja, dan teruskan usaha beliau. Kata orang putih “Hater’s will hate. They got nothing else to do anyway”.

Jadi usah pedulikan mereka.

Kalau 3 tahun lepas Amin mendengar kritikan- tak mungkin beliau berjaya hari ini.

Kalau saya sendiri mengambil hati atas cemuhan yang saya terima 9 tahun lepas- tak mungkin saya boleh sukses hari ini dengan bisnes internet saya. Anda pun sama.

Komen membina dan konstrutif juga untuk improve, tetapi sekiranya komen tersebut datang dari “kaki pengkritik” - endahkan sahaja.

Saya berharap perkongsian ini membantu anda pada hari ini. Saya pun tidak tahu apa moral cerita emel ini atau kaitannya dengan bisnes internet -cuma saya rasa patut dikongsi bersama anda. :)

Sebelum saya lupa, saya sudah melancarkan Versi 3 program 20Ribu20Hari.com yang lebih efisen, mudah dan senang dibuat untuk menjana wang di internet. Sekiranya anda pun lebih suka mengisi masa anda dengan membuat sesuatu yang berfaedah di internet, saya syorkan anda melihat program mentor dari saya ini.

Ikhlas, Suthan M

Wednesday, February 22, 2012   ()