Comments

Hi geng,

Suthan M disini.

Saya ada satu berita gembira kepada yang akan datang ke Workshop Kedua Program RM20,000 Dalam 20 Hari (www.20ribu20hari.com) .

Workshop #2 20Ribu20Hari.com

Disini, saya berbesar hati ingin menjemput anda ke Workshop Satu Hari Bersama Suthan M dan Team Ideasia Consultancy yang akan kami adakan pada tarikh dibawah. Workshop ini dibuat khas untuk anda, yea ANDA, untuk mengajar anda secara LIVE akan Program 20ribu20hari.com :-D

Info:

Tarikh: 30 October 2010 (Sabtu) - Ditukar Ke 5 December 2010

Masa: 9 Pagi - 5 Petang
(Makanan Tidak Disediakan - Harap Maklum)

Pakaian: Smart Casual (Selipar dan singlet tak dibenarkan)

Slot: 100 Orang Pelanggan VIP 20Ribu20hari.com

Tempat: Ballroom, Hotel Prescott Metro Inn Kajang

Salam geng !! :-D

Kalau selama ini anda teruja dengan info info yang saya bongkarkan dalam program 20ribu20hari, anda pasti lebih gembira apabila anda menghadiri WORKSHOP LIVE satu hari dengan saya dan team saya, Ideasia Consultancy.

Kami akan AJAR anda secara LIVE program ini di hadapan anda, dan kami akan bimbing anda melalui 20hari program ini dengan bantuan facilitator berpengalaman (staff saya)

Seperti yang saya pernah janji sebelum ini: Saya BETUL BETUL ingin anda berjaya, dan saya akan pastikan ANDA akan berjaya dengan program ini :-D

Kalau anda sudah mendapatkan program ini, dan anda sudah mendapat emel jemputan ke program ini dari saya, baca seterusnya.

1. “Reserve”kan hari Sabtu tersebut !!

Anda kini sudah boleh “schedulekan” hari Sabtu itu utk mengikut workshop kami. Sudah pasti, workshop ini 100X berbaloi dan tinggi valuenya untuk membimbing anda dalam menjayakan program 20ribu20hari anda.

Tetapi kerana slot yang diberi amat limited sekali, saya memerlukan anda untuk “reserve”kan seat dengan kami.

Cara untuk reserve:

1a. Pastikan anda mendapat emel dari saya yang confirmkan penyertaan anda ke workshop ini. (Sekiranya anda tidak mendapat emel, ianya bermaksud anda lambat dan nama anda dimasukkan ke slot workshop seterusnya

1b. Emel Ms Raji ( emelnya rajalakshmii.ganesan@gmail.com ) untuk “confirm”kan penyertaan anda ke workshop ini (anda juga harus emel sekiranya anda tidak dapat hadir pada hari tersebut. Kalau tak dapat hadir, saya mungkin boleh memasukkan nama anda ke workshop seterusnya)

1c. Dalam sehari-dua, Ms Raji akan emel anda balik dan “confirm” sekali lagi dengan anda. Sesudah itu, lihat Step #2

1d. PENTING-Anda ada sehingga 15 November 2010 untuk confirmkan penyertaan anda dengan kami. Sekiranya anda tidak mendaftar sebelum itu, tawaran ini akan saya kira anda tolak dan saya akan tarik balik slot anda. Anda tidak akan diberikan slot workshop pada masa hadapan

2. Tempah tiket

Kalau datang melalui bas, kereta mahupun melalui kapalterbang, mulakan penempahan tiket agar anda mendapat tiket murah ke venue kami pada hari tu.

Hotel melalui GoogleMaps - Kepada anda yang ingin melihat venue hotel

Jangan lupa tempah bilik hotel sekali kalau anda datang dari jauh dan perlukan tempat tinggal. Harga hotelnya murah juga, tetapi kalau anda inginkan bilik yang lagi murah, terdapat beberapa hotel dikawasan berdekatan workshop ini (berjalan kaki 10 minit)

*kalau anda mencari roommate, tinggalkan komen diruangan ini agar anda boleh “share” bilik dengan rakan lain yang datang. Kalau anda perlukan “roommate”, lihat ruangan komen dan cari kalau ada orang dari tempat sama dengan anda.

3. Bawa laptop anda !

Seboleh bolehnya, bawa laptop anda sendiri ke workshop ini. Kerana kami akan mengajar secara LIVE, anda boleh mengikut tutorial yang diberi secara live dan ikut/rekod melalui laptop anda.

4. Bawa namecard/ datang dengan niat networking

100 orang dari seluruh Malaysia (Brunei dan Singapura pun ada) yang akan datang ke workshop ini. Banyak diantara mereka merupakan calon calon JV (Joint Venture) yang anda boleh kenal secara LIVE di workshop ini.

Disinilah anda mengambil peluang keemasan untuk berkenalan dengan semua orang yang hadir !

5. Datang dengan minda terbuka !!

Ingat, anda mengorak langkah pertama untuk menjayakan bisnes online anda. Kami disini berazam untuk memberikan 100% support sehingga anda berjaya. Datang belajar dengan kami dengan minda positif.

Ingat, anda merupakan 100 orang yang betul betul BERTUAH sekali - Gunakan peluang ini sebaik yang mungkin

Jadi, tunggu apa lagi geng?

JUMPA ANDA DISANA !!

Ikhlas,

Suthan M

p/s- Kalau anda ada apa apa soalan, tanya saya disini yek (melalui ruangan komen) :-D

pp/s- Sekiranya anda merupakan klien 20ribu20hari- Anda boleh bertanya soalan di forum tertutup 20ribu20hari.com disini

()