Nak tahu rahsia STEP BY STEP bagaimana anda boleh membina list emel subscriber sehingga menjadi 1000 orang dengan teknik yang mudah, simple dan guaranteed to work yang saya tahu efisen untuk semua jenis market, produk, dan juga customer?
Ok- ini stepnya langkah demi langkah :-)
Anda perlukan:
1. Laman web dengan domain nama anda sendiri (sebagai contoh SuthanM.com merupakan laman web dengan domain name saya)
2. Sistem autoresponder seperti Aweber yang anda boleh gunakan untuk simpan list subscriber anda
3. Satu laman web squeeze page (laman web yang anda hantar prospek untuk sign up kepada list emel anda. Satu contoh squeeze page ialah JomJadiBoss )
4. Produk percuma untuk diberikan kepada yang signup (mungkin ebook, video ataupun audio
5. (EKSTRA) Link affiliate anda ke produk affiliate orang atau produk anda
6. Masa dan juga niat “TAKE ACTION”- PALING Penting geng :-)
Jadi Ini Step untuk Setup sekiranya anda bermula dengan ZERO
a. Register Domain Name Anda
Anda boleh melawat laman web Namecheap.com untuk mendaftarkan nama domain anda.. Sekiranya anda ingin diskaun, cari kupan diskaun di Google *contoh: search “discount coupon Namecheap October 2010” di Google.com
b. Buat laman web “squeeze page” anda
Sekiranya anda ingin melihat beberapa contoh, boleh lihat disini: JomJadiBoss.com merupakan squeeze page yang saya buat dalam market Malaysia . Anda juga boleh refer kepada IM lain yang buat squeeze page :-)
c. Reka Produk percuma anda
Kalau nak tulis ebook, tulis ebook.. Kalau nak rekod audio, rekod audio..Kalau nak buat video, rekod video.. Sebagai contoh, saya berikan video di JomJadiBoss.com
TIPS: saya syorkan anda buat satu ecover percuma juga sekali kalau boleh :-)
d. Setting autoresponder anda di Aweber.com
Setting kod dan kemudiannya Masukkan kod autoresponder anda dalam laman web squeeze page anda. Lepas tu upload ke domain anda.
TIPS: Sekiranya anda mahu, anda boleh promote link affiliate sesudah orang sign up.. Untuk ini, join mana mana program affiliate.. Kalau mahu yang high kualiti-boleh try 20Ribu20Hari.com
e. Test, Test , TEST !!
Pastikan anda test dulu laman web anda, squeeze page anda, dan juga kod autoresponder anda dengan buat test signup.. Kalau silap, betulkan..
Seterusnya..
f. Jom Buat Marketing Pula !!
OK, ini perkara seterusnya yang anda perlu buat untuk drive traffic prospek ke laman web tersebut.. Mungkin disini anda mempunyai jalan yang lebih mudah- tetapi disini saya ingin berikan tips mudah yang boleh dibuat oleh newbie sekalipun untuk drive traffic yang pasti berkesan 102% .. Cayalah :-)
Jom Diskus Mengenai Blueprint Untuk Menjana Trafik Pula !!
Baiklah, disini saya ingin DIRECT sound bahawa benda ini bukan sekrang buat, 2 minit dari sekarang dah dapat result.. Bukan.. Anda perlu faham ianya akan ambil masa untuk membina sistem trafik anda.. TAKDE shortcut disini..
Selain itu, mungkin di waktu starting, trafik yang anda dapat mungkin kurang ( ataupun sesetengah hari, takde langsung).. Tapi jangan stop.. Semakin anda buat, traffic anda akan mula grow :-)
Untuk mendapatkan 1000 Subscriber pertama anda, ini merupakan teknik mudah yang saya suggest untuk anda (sebenarnya ada banyak teknik lagi, tapi fokus kepada yang ini dulu geng kalau anda newbie)
Teknik yang akan saya ajar ialah:
1. Facebook marketing
2. Blog marketing
3. Forum marketing
i. Facebook Marketing
Postkan link squeeze page anda ke profil anda.. Selain itu, join group facebook yang berkenaan dengan market anda, dan share linknya disana juga!
Sebolehnya, berikan value posting seperti TIPS, nasihat atau sebagainya.. Jangan hanya letak link shj..
ii. Blog Marketing
Ok, apa yang saya ingin anda buat ialah melawat Google.com dan membuat carian disana untuk blog blog dalam market anda
Sebagai contoh: Search “Blog Memasak” di Google.com .. Resultnya akan keluar list blog yang ada di Malaysia
TIPS: hanya fokus kepada blog blog “authoriti” sahaja ataupun blog yang anda tahu mendapat banyak trafik.. Sebolehnya dalam 5-10 blog
Subscribe kepada RSS feed dan pastikan anda membuat KOMEN di blog tersebut untuk setiap post terbaru
TIPS: sebolehnya, lagi cepat anda buat, lagi bagus :-)
TIPS: Tahukah anda, sekurang kurangnya 400-500 orang membaca blog ini setiap hari? :-) —> Lain kali rajin rajin berikan komen membina (bukan spam) disini :-)
OK, disini, anda bukan sekadar buat komen sahaja.. Tapi pastikan bila anda komen, anda MASUKKAN Link anda dalam komen tersebut!
Biasanya geng- anda boleh masukkan nama dan juga satu link di bahagian komen (termasuk blog ini sekali) -jadi gunakan opsyen ini untuk mempromosikan squeeze page anda :-)
Saya biasanya akan guna teknik ini apabila testing market diluar bidang “make money” dan saya boleh katakan teknik ini berkesan memberikan trafik sekiranya anda buat :-)
iii. Forum Marketinng Pula..
Cari 2-3 forum AKTIF yang berkenaan dengan market anda dan join forum tersebut sebagai member. Kemudiannya cuba buat networking didalam forum tersebut dengan reply kepada thread di forum , ataupun dengan membuka thread di forum tersebut
TIPS: Jangan SPAM forum.. Berikan value tak kisah anda reply thread ke, atau buka thread.. Ingat, forum ialah satu bentuk komuniti elektronik, dan baik anda jaga reputasi anda disana untuk long term benefit
Tricknya disini ialah, anda boleh masukkan link squeeze page anda di “signature” post anda.. Ini akan memberikan link squeeze page anda promosi percuma apabila thread itu aktif.
Itu sahaja buat waktu ini .. :-)
Sebenarnya, dengan hanya take action kepada 3 sistem tersebut, anda sudah boleh mula membina 1000 subscriber pertama anda..
Kesimpulannya: Perniagaan internet ini bukan magik, bukan ada “rahsia” pun.. Cuma, disini, anda perlu belajar taktik dan APPLY teknik tersebut.. Apa yang penting ialah DISIPLIN anda dalam menjayakan sistem ini.
Saya baru berikan formula mudah untuk anda membina 1000 subscriber pertama anda. Jadi apa yang anda tunggu- gi bina list la geng :-)
Suthan M
p/s- Sekiranya post ini membantu, tolong sharekan di forum forum IM tempatan, di blog IM (sekiranya anda ada blog), ataupun di komen facebook anda sekalipun. Moga moga, ianya membantu orang lain juga untuk belajar secara percuma dan membantu merealisasikan perniagaan internet semua :-)
pp/s- Kalau ada soalan, tanya saya di bahagian komen blog ini
*TIPS-Bila anda komen, anda boleh masukkan nama dan juga link anda!
:-D
